Kachi One Weblog
Blog Owner : Kolej Bukit Kachi 1

         Warna - Warni Kolejku                                                  

14
April 2008 Monday @ 12:00:10 am
Banner baru - Apa Pendapat Semua Penghuni DPP Bank Rakyat ?

OK ker tak banner ni ganti banner Kachi di atas, beri komen anda?

368 Comments


13
April 2008 Sunday @ 4:24:44 pm
Bank Rakyat Taja Dewan Penginapan Pelajar UUM

 

 

 

 

 

 

 

 

Penjenamaan Semula DPP Kachi 1

Bank Kerjasama Rakyat Berhad (Bank Rakyat) menyumbangkan RM300,000 kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi penamaan Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Bukit Kachi 1.
 
Dengan penajaan tersebut, nama kompleks asrama pelajar Bukit Kachi 1 bertukar nama kepada DPP Bank Rakyat.
 
Cek penajaan tersebut disampaikan oleh Pengarah Urusan Bank Kerjasama Rakyat Berhad, Datuk Kamaruzaman Che Mat kepada Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi di majlis perasmian Forum Keusahawanan dan Kerjaya Siswa baru-baru ini.
 
Turut menyaksikan penyerahan cek berkenaan ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Noh Omar di Dewan Mu’adzam Shah Kampus Sintok.
 
Penajaan itu akan memberikan manfaat kepada UUM sebagai universiti pengurusan dan keusahawanan.
 
Selain pelajar DPP Bank Rakyat mendapat manfaat hasil tajaan berkenaan, penajaan itu juga dapat menjadi titik permulaan hubungan jangka panjang di antara Bank dan UUM.
 
DPP Bank Rakyat merupakan salah satu daripada 15 kediaman pelajar yang yang menempatkan lebih 18,000 mahasiswa UUM.
 
Setiap DPP tersebut ditaja oleh syarikat korporat antaranya ialah TNB, PROTON, BANK MUAMALAT, PETRONAS, MISC, MAS, EON, PERWAJA, TRADEWINDS, MAYBANK, TELEKOM, GUTHRIE DAN YAYASAN ALBUKHARY.
 
Hasil sumbangan syarikat tersebut dimasukkan ke dalam tabung bagi pembangunan usahawan pelajar untuk mereka menjalani perniagaan.
 
Sementara itu, Dato’ Noh dalam ucapannya menyatakan rasa tertarik dengan strategi universiti dalam menamakan DPP dengan nama syarikat korporat.
 
Beliau berbangga kerana salah sebuah agensi di bawah MECD iaitu Bank Rakyat turut dinamakan sebagai salah sebuah DPP di kampus UUM.
 
“Secara perbadi saya melihat strategi ini merupakan satu usaha yang perlu diberi pujian kerana ia berjaya membina hubungan yang baik antara pihak industri dan universiti terutamanya dalam melahirkan siswazah yang mempunayi nilai tambah dan berdaya saing untuk menghadapi kerjaya mereka,” kata Noh lagi.

311 Comments


01
July 2007 Sunday @ 4:22:05 pm
Selamat Datang/ Welcome / Welkoming /Sawadeekap

Kepada pelajar baru, selamat datang diucapkan dah tahniah juga kerana berjaya menjadi pelajar UUM. Kami para penghuni kolej yang dah lama duduk di Kolej Bukit Kachi 1 ini merasa bangga dengan kehadiran pelajar baru ke Kolej Bukit Kachi 1.

 

8509 Comments


12
June 2007 Tuesday @ 8:26:31 am
Undangan Majlis Perkahwinan

Assalamaualaikum dan salam sejahtera utk warga kachi 1 yang saya kasihi sekelian.

Saya dengan penuh berbesar hati menjemput semua warga Kachi 1 ke majlis kenduri perkahwinan saya pada 16 Jun 2007 (sabtu).Kad seperti di attachment, maaf tak dapat nak hantar kad utk setiap org..InshaAllah, majlis akad nikah jam 10 pagi dan bersanding jam 3 petang. Diharap kepada warga kachi yang berkelapangan, dapatlah hadir ke rumah saya. Siapa yang jauh, bolehlah menginap di rumah saya. Kepada yang nak naik bas malam dan sampai awal pagi, call lah...InsyaAllah keluarga saya akan datang jemput di stesyen bas Kota Bharu.

Akhir kata, saya mohon kepada semua warga Kachi 1 agar mendoakan majlis ini nanti berjalan dengan lancar.

Terima kasih

177 Comments


30
April 2007 Monday @ 10:12:00 am
Peperiksaan Bermula

Selamat menduduki/menempuhi/menjalani peperiksaan buat semua warga Kachi1 daripada felo-felo dan pengetua Kolej Bukit Kachi1. Semoga mendapat keputusan cemerlang,gemilang dan terbilang.

466 Comments


My Profile

Name: Kolej Bukit Kachi 1
E-Mail: kachi1@uum.edu.my